Imotiv I

Nuff Nang Lzd

Lazada Malaysia Lazada Malaysia Lazada Malaysia Lazada Malaysia

Tuesday 19 April 2016

Pinjaman ASB Loan VS Simpan Sendiri.

Pinjaman ASB Loan VS Simpan Sendiri. 

Ambil sebahagian duit dari duit gaji tiap-tiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun ASB anda
Buat Pinjaman ASB (loan ASB) dengan Bank-bank seperti Maybank, CIMB, RHB dan sebagainya.
Dan kalau diikutkan dengan situasi sekarang, rasanya ramai di antara kita memilih cara ke-2 seperti di atas untuk menyimpan duit dalam ASB. Pastinya anda paling tidak pun, pernah terjumpa dengan pelan ke-2 ini tadi iaitu pinjaman ASB loan.

Namun di sini, kami akan tunjukkan kepada anda, mana satu cara yang sebenarnya lebih baik dan yang mempunyai kelebihan dalam jangka masa panjang. Pastinya kalau anda lihat di antara ke dua-dua cara itu tadi, ramai yang memilih pelan yang ke-2 iaitupinjaman ASB loan.. Antara alasannya :

Lebih mudah, hanya potong gaji sahaja bulan-bulan.
Tak perlu menunggu lama untuk memenuhkan akaun ASB anda
Dapat dividen juga
Baiklah, kami ambil satu situasi di mana Encik Ahmad, ingin membuatpinjaman ASB loan. sebanyak RM 30,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM 171 selama 25 tahun. Bersama-sama ini kami lampirkan di sini jadual dari website Maybank berkaitan dengan Bayaran Bulanan untuk pinjaman ASB atau loan ASB ini.

Perhatikan pada bahagian bawah sekali jadual ini, ada tertulis kadar pinjaman adalah 6.30%.

http://www.maybank2u.com.my/WebBank/asb_repymntable130710.pdf

Jadi sekarang, katakan dah cukup setahun dari tarikh kita buat loan ASB ini, PNB mengumumkan peratus dividen adalah 8.75 peratus. Maka, kita ambil semula jumlah RM 30,000 tadi dan darabkan dengan peratus dividen.

RM 30,000 x 8.75 Peratus = RM 2625

Nampak macam banyak bukan? Tapi jangan lupa pasal bayaran bulanan anda RM 171 itu tadi, maka darabkan dengan dengan 12 bulan.

RM 171 x 12 bulan = RM 2052

Jadi, keuntungan sebenar anda hanyalah :

RM 2625 – RM 2052 = RM 573

Melalui ini, sedikit sebanyak kami nak tarik perhatian anda semua, untuk mengira berapa sebenarnya yang anda dah bayar kepada bank setiap bulan selama 25 tahun sebagai modal pinjaman ASB loan anda. Dari kadar tahunan bayaran bulanan yang telah pun kita kira sebentar tadi iaitu RM 2052, kita darabkan pula dengan 25 tahun.

RM 2052 x 25 tahun = RM 51300

Namun sebelum itu, adalah baik sekiranya kami kirakan juga kirakan jumlah dividen yang anda  bakal perolehi termasuklah dengan pinjaman matang anda sebanyak RM 30,000 itu tadi selama 25 tahun. Pengiraan ini adalah menggunakan formula “Compound Interest” di mana, hasil dividen tadi pada setiap akhir tahun, akan ditambah semula dengan pinjaman principal anda sebanyak RM 30,000 untuk dikirakan kembali pada tahun ke- 2 dan seterusnya.

Formula compound interest adalah:

A=P(1+r/n)nt
Di mana:
A=Jumlah wang yang diakumulasi
P= Amaun pinjaman
r=kadar interest
t=jumlah berapa tahun pinjaman atau deposit anda
n= berapa kali setahun dividen anda dikira dalam kes ini
Hhasilnya adalah seperti di bawah:

A= 30,000(1+0.0875/1)1*25 dan hasilnya pada 25 tahun akan datang adalah:

RM 244,260.31!

Wah, Nampak macam banyak bukan. Dalam masa 25 tahun sahaja, jumlah terkumpul anda dalam masa 25 tahun adalah RM 244,260.31. Namun itu belum ditolak dengan jumlah bayaran bulanan anda selama 25 tahun yang berjumlah RM 51,300. Jadi, keuntungan anda sebenar adalah :

RM 244,260.31 – RM 51300 = RM 192,960.31

Jadi, inilah keuntungan yang anda buat setelah 25 tahun memberikan komitmen bulanan kepada bank. Namun ini diandaikan sekiranya anda tidak mengambil dividen tersebut setiap hujung tahun untuk kegunaan anda. Sekiranya anda mengmbilnya setiap hujung tahun, maka jumlah seperti di atas ini, tidak akan tercapai.

Ada juga yang menggunakan teknik hanya membayar komitmen selama setahun sahaja dengan bank, dan kemudian untuk tahun kedua, mereka akan gunakan duit dividen pada tahun pertama tadi untuk membayar bayaran bulanan untuk tahun ke-2 dan begitulah seterusnya.

Namun yang perlu di ingat di sini adalah tentang 2 perkara.Iaitu:

Kadar Base Lending Rate (BLR)
Kadar Dividen ASB
Kedua-dua kadar ini sentiasa berubah-ubah. Tidak semestinya BLR tahun ini rendah, maka tahun depan juga rendah. Begitu juga dengan Kadar Dividen ASB. Tahun ini 8.75 peratus, tahun depan belum tentu sama. Mungkin lebih tinggi daripada tahun ini (yang ini akan membuatkan ramai tersenyum lebar) tetapi mungkin akan merosot berbanding kadar dividen tahun ini. Buatnya kalau BLR dah tinggi, tambah pulak dengan kadar pinjaman dah jadi 8 peratus, dividen ASB diumumkan hanya 7.25 peratus.

Jadi…risiko tetap ada. Akhirnya anda perlu menambah pula di bank.

Baiklah, sekarang cerita pasal simpan duit sendiri pulak. Katakan kita simpan duit sendiri sebanyak RM 200 sebulan dalam ASB, selama 25 tahun. Ambik kadar rata dividen ASB adalah 8.75 Peratus. Jadi, berapakah jumlah terkumpul yang boleh kita dapat dalam masa 25 tahun tersebut?

Sekali lagi formula “Compound Interest” memainkan peranannya. Hasilnya bagi jumlah terkumpul selama 25 tahun adalah sebanyak RM 232,576.79!. Nampak kurang sedikit daripada kaedah membuat pinjaman ASB (loan ASB) bukan? Namun apa yang positifnya di sini adalah, anda tidak perlu membayar bayaran bulanan anda. Maka tak ada apa yang perlu anda tolak

Jelas di sini, menyimpan sendiri adalah lebih baik pada jangka masa panjang. Namun kami juga tidak mengatakan bahawa kaedah pinjaman ASB loan juga tidak bagus. Namun, sebenarnya, bank lebih banyak mengambil duit dari anda. Sekiranya anda bersedia membayar komitmen bulanan kepada bank untuk pinjaman ASB loan, maka kami andaikan bahawa anda juga boleh beri komitmen untuk bayar sendiri bulan-bulan ke dalam akaun anda.

Jadi, di sini kami sediakan PRO dan KONTRA bagi pelaburan ASB di antara buat Pinjaman ASB (loan VS Simpan Sendiri.

1) Pinjaman ASB (loan ASB)

Pro:

Dapat prinsipal amaun lebih besar dan seterusnya, dividen lebih banyak dan lebih cepat.
Bank akan telefon anda setiap hujung bulan tentang bayaran bulanan. Jadi, perkataan “terlupa” tak boleh dijadikan alasan. Atau anda juga boleh memilih untuk melakukan pembayaran secara automatik melalui perbankan yang dipilih oleh anda.
Anda akan lebih berdisplin sebab kena buat bayaran bulanan.
Pinjaman anda di insuranskan
Kontra:

Anda tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya Future Value pinjaman anda
Bank ambik untung dari pelaburan anda tadi.
Nilai sebenar yang anda dapat sebenarnya kurang dari anda menyimpan sendiri.
Sekiranya dividen kurang dari BLR. Maka anda terpaksa topup kepada bank yang anda pinjam.
2) Simpan Sendiri

Pro:

Future Value yang lebih banyak
Tak kena charge bank
Tiada risiko pada BLR sekiranya dividen diberikan kurang.Anda tetap untung.
Kontra:

Masalah disiplin dalam menyimpan.
Boleh jadi hangat-hangat tahi ayam kalau tak mulakan
Maka, dari pemerhatian kami, kedua-dua cara ini ada kelebihan dan kekurangan. Masalah utama bagi penyimpan sendiri adalah masalah disiplin nak menyimpan sebenarnya. Namun pada zaman ini, alasan ini sudah tidak relevan lagi. Kalau dulu, mungkin alasan malas nak beratur di bank boleh dijadikan penyebab anda masalah untuk melakukan pelaburan ASB contohnya.

Namun dalam zaman internet ini, semuanya di hujung jari. Anda kini boleh melakukan pembayaran secara Maybank 2u (CIMB Clicks hanya membenarkan akaun konvensional sahaja, akaun Islamic tidak dibenarkan) untuk menyimpan duit anda akaun ASB sendiri. Jadi, tidak ada masalah bukan?

Apa-apa pun, kedua-dua cara ini adalah yang terbaik sekiranya anda ingin menyimpan wang dan juga anda tidak mengeluarkan dividen di dalamnya. Sekiranya tangan anda gatal setiap kali hujung tahun untuk mengeluar dan menggunakannya, maka sampai ke tualah duit dalam tu tidak beranak-pinak.

ASB Financing-i

ASB Financing-i
ASB Financing-i is another form of term financing to purchase ASB unit trust based on Shariah principles of Murabahah via Tawarruq or Commodity Murabahah arrangement
Eligibility

Individuals who are between the ages of 18 and 65 years old
Bumiputera
Financing Amount

Min financing amount : RM10,000
Max financing amount : Up to RM200,000 per Customer, at any one time including the balance outstanding of the existing ASB Financing (if any), or up to the maximum investment amount allowed by ASNB, whichever lower
Margin of Financing

For financing amount up to RM200,000

Up to 100% of nominal value of ASB units
Up to 105%, inclusive of the PRTT
Financing Tenure

Up to 25 years OR
Up to age 65, whichever is earlier
Pricing

Selling Price Rate/Ceiling Rate fixed at

IBR + 7.65% or 10%, whichever is higher
* Competitive effective profit rates as per ASB Loan Conventional interest rates, provided it should not exceed the fixed selling price rate
Pricing

Financing below 30,000
IBR + 2.30% (1st 3 years)
IBR + 2.35% (thereafter)
Financing RM30,000 & above
IBR + 2.00% (throughout financing tenure)
View the monthly instalment payment schedule

Payment Frequency

Monthly
Payment Option

Single installment only
Mode of Installment Payment

Variable Standing Instruction (VSI)
ASB Income Distribution & Bonus Earned

Automatically credited into the respective ASB unit holder's account
ASB financial year ends December 31
Required Documents

Application form
Photocopy of Identity Card
Photocopy of latest 3 months pay slip/other proof of income e.g : Bank account statement


For further details, visit your nearest branch today!

* Please call during office hours (Mon to Thurs: 9.00am - 5.45pm, Fri: 9.00am - 4.45pm). Terms & Conditions apply.



IMPORTANT NOTE:

The Master Prospectus of the unit trust funds of ASNB dated 30 June 2015, has been registered with the Securities Commission Malaysia, and are available at any office of ASNB and its agents. Units will be issued upon receipt of the registration form referred to in and accompanying the prospectus. Before investing, please read and understand the content of the prospectus. Total return on the investments may go down as well as up. Investments in the funds are exposed to fund management risk, inflation risk and purchasing power risk. Past performances of the unit trust funds of ASNB are not guarantees of future performances. Before investing, kindly consider the fees and charges involved.

Investors who wish to know the key features of a specific unit trust fund of ASNB may request the Product Highlights Sheet issued by ASNB at any office of ASNB and its agents.

Lazada Ramadhan

Lazada Malaysia