Imotiv I

Nuff Nang Lzd

Lazada Malaysia Lazada Malaysia Lazada Malaysia Lazada Malaysia

Friday 1 July 2016

Teori

Bukan salah teori

Contoh teori:
sebuah motor jenis Yamaha Lagenda baru berharga RM6,000. Jika kita simpan RM100 sebulan, Kita memperolehi jumlah simpanan RM6,000 dalam tempoh 60 bulan @ 5 tahun. Maknanya Kita boleh beli cash motor tersebut dalam tempoh 5 tahun.
Simple?
-------------------------------------------------
Jom Kita jadikan 8 bangkangan dari teori tersebut
___________________________________
Q1: lambatnya nak tunggu sampai 5 tahun baru dapat beli. Saya nak dalam tempoh 2 tahun sahaja.
A1: Kalau nak beli dalam tempoh 2 tahun, maknanya RM6,000 / 24 bulan, awak kena buat simpanan RM250 sebulan. Awak boleh fikir sendiri kan?
________________________________________
Q2: RM6,000 tu baru harga motor, Ada kos lagi lebih kurang RM600 untuk register, road tax, insurance dll. Tapi Saya mampu simpan sebulan RM100 jer, Tak Boleh lebih. Cemana Saya nak dapatkan dalam tempoh 5 tahun macam awak tulis.
A2: Kalau awak dah tahu Ada kos tambahan lagi RM600 dan awak mampu Cuma RM100 sahaja sebulan. Tambah la lagi tempoh simpanan jadi 6 tahun setengah, tangguhkan pembelian tu lagi 6 bulan. Boleh mati ke bila tangguh lagi 6 bulan? Awak boleh fikir sendiri kan?
________________________________________
Q3: Saya hanya mampu simpan RM100 jer sebulan, Tapi Saya nak Pakai motor Yamaha Lagenda lagi 3 tahun. Boleh ke tidak?
A3: boleh . Cari la yang 2nd hand harga RM3600. Kalau tidak mampu, beli mana yang awak mampu. Awak boleh fikir sendiri kan?
________________________________________
Q4: apa bagi teori nak beli motor pon sampai 5 tahun, Saya nak Pakai bulan Depan nak buat Pergi kerja. Mengarut teori ni.
A4: Kalau awak rushing nak cepat, Pergi la Hong Hong motor, Pergi beli ambil credit dengan kedai, dengarnya dia bagi loan 100%, Cuma bayar deposit RM100. Bukan setakat 1 bulan, Minggu depan awak dah boleh dapat motor, bayar jer bulan-bulan dengan interest 10% setahun tu . Awak boleh fikir sendiri kan?
________________________________________
Q5: Kalau lepas 3 tahun Saya simpan, tiba-tiba ayah saya sakit & perlukan duit RM3600 tu untuk Pergi berubat, cemana Saya nak beli motor tu dalam tempoh 5 tahun Dari mula-mula Saya simpan?
A5: Cuba awak bayangkan dalam 3 tahun tu awak tak simpan, Ada ke Awak boleh bagi RM3600 tu untuk ayah awak berubat? Motor? Kalau awak dah guna duit tu bermakna awak kena tangguhkan beli motor dan kumpul semula. Awak sendiri boleh fikir kan?
________________________________________
Q6: Saya tak mampu simpan RM100 sebulan. Saya Cuma mampu RM50 sebulan. Bagaimana Saya nak dapat beli motor tu dalam tempoh 5 tahun seperti yang awak tulis.
A6: Dah kemampuan awak RM50 sahaja , maknanya awak kena kumpul selama 10 tahun untuk awak beli motor tu dengan tunai. Awak sendiri boleh fikir kan?
________________________________________
Q7: bagaimana lepas 2 tahun Saya simpan, tiba-tiba Saya kena berhenti kerja, Cemana saya nak simpan lagi nak beli motor tu nanti.
A7: lepas 2 tahun awak dah ada simpan RM2400 kan, gunakan la duit tu utk cari kerja baru atau jadi modal buat business kecil-kecilan, lepas tu dapatkan simpanan RM6,000 dalam tempoh 3 tahun tu. dapat la awak miliki motor tu dalam tempoh yang awak dah set. Awak sendiri boleh fikir kan?
________________________________________
Q8: kos hidup Saya tinggi, Saya nak simpan RM1 sebulan pon tak boleh, Cemana saya nak beli motor tu dalam tempoh 5 tahun. Awak tulis Senang la.
A8: Awak abaikan jer teori ni ok.
________________________________________
Adakah salah pada teori yang ditulis?
Teori sekadar ASAS atau idea. Perlaksanaan adalah bergantung kepada setiap individu itu sendiri. Setiap individu mempunyai kehendak, matlamat , komitmen, kapasiti dan keupayaan yang berbeza-beza.
- Sumber FB KEY-

No comments:

Post a Comment

Lazada Ramadhan

Lazada Malaysia